Mangsa Banjir Di Kedah Menurun Kepada 2,746 Mangsa

ALOR SETAR  – Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah pada 12 tengah hari ini menurun kepada 2,746 orang berbanding 3,621 orang pagi tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), jumlah itu menurun selepas mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas air semakin surut, lapor Bernama.

Kesemua mangsa daripada 759 keluarga itu ditempatkan di 21 pusat pemindahan dan daripada jumlah itu, 12 pusat dibuka di daerah Kota Setar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.