Malaysia Airlines Muktamad Tempah 25 Pesawat Boeing 737

KUALA LUMPUR _ Malaysia Airlines memuktamadkan tempahan 25 pesawat Boeing 737. 

Syarikat penerbangan nasional itu juga tidak menolak kemungkinan untuk menambah pesawat mengikut kesesuaian persekitaran operasinya, lapor RTM.

Malaysian Airlines berkata ia akan terus menilai dengan teliti semua pilihan yang ada untuk memastikan pembelian bersesuaian dengan perniagaan dan operasi. 

Ini susulan laporan media dan kenyataan mengenai pelan bagi kumpulan pesawatnya, termasuk Memorandum Persefahaman (M-o-U) dengan Boeing baru-baru ini. 

MoU itu memberikan pilihan kepada Malaysian Airlines untuk menambah 8 pesawat dua lorong Dreamliner Boeing 787-9 dalam kumpulan pesawat syarikat mulai suku ketiga 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.