Iraq Gantung Mati 42 Daesh

BAGHDAD – Iraq hari ini, melaksanakan hukuman mati ke atas 42 militan Daesh yang didapati bersalah atas tuduhan terbabit dalam kegiatan pengganas.

Pelaksanaan hukuman yang dianggap paling tinggi tahun ini, dibuat selepas serangan pengebom nekad mengorbankan sekurang-kurangnya 60 mangsa di Nassiriya pada 14 September lalu, lapor bh.

Kementerian Kehakiman berkata, 42 militan itu menjalani hukuman gantung di sebuah penjara di Nassiriya, iaitu tiga bulan selepas 14 orang militan dikenakan hukuman mati atas tuduhan yang sama.

Militan Daesh mengaku bertanggungjawab terhadap tiga insiden pengebom nekad, yang menyasarkan restoran dan pusat pemeriksaan keselamatan berhampiran Nassiriya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.