Ibu Dikecam Menyusu Bayi Ketika Sedang Melakukan Seks

Kisah seorang vlogger yang juga ibu kepada tiga anak ini yang mendedahkan pengalamannya menyusukan bayi ketika melakukan seks mendapat kritikan yang pedas dari banyak pihak.

Ibu berkenaan, Tasha Maile memberitahu bahawa dia tetap menyusukan bayinya ketika melakukan hubungan seks dengan suaminya dan baginya ia bukan satu masalah.

Memetik laporan media, Tasha, yang berasal dari San Diego pada mulanya memuat naik video tentang seks dan menyusukan bayi pada tahun 2015.

Walau bagaimanapun, isu ini semakin meruncing kerana Tasha menjadi tetamu dalam acara ceramah Britain, baru-baru ini.

Dalam videonya, Tasha berkata, “Saya telah memberitahu banyak orang yang bertanya, tiada apa yang berlaku jika menyusu semasa bersetubuh.

“Dari apa yang saya ingat, saya masih tidur dengan bekas suami saya dan anak saya menyusu. Dan kami akan melakukan seks,” katanya.

Sebaik sahaja video ini menjadi viral, ramai orang terkejut dan mereka menyifatkan tingkah laku Tasha tidak sesuai. Ada yang menganggapnya sebagai teruk.

Namun Tasha mempertahankan tindakannya malah dia video yang memaparkan kelantangan Tasha itu telah ditonton lebih 60 juta kali. Dia juga kesal dengan mereka yang menilainya disebabkan perbuatannya itu.

Bagaimanapun, seorang ahli psikologi klinikal bernama John Mayer berkata beliau tidak pasti sama keadaan itu akan memberikan masalah dari segi psikologi.

“Bayi itu terlalu muda untuk memahami apa yang dilakukan oleh ibu bapanya,” katanya.

 

Dr. Mayer juga berkata, bayi biasanya sangat fokus semasa menyusukan, jadi dia tidak akan menyedari apa yang sedang berlaku.

Berbeza dengan Dr. Mayer, seorang pakar kesihatan wanita, Jennifer Wider, pula berkata lebih ibu bapa bayi sepatutnya mempunyai masa yang khusus untuk anak-anak mereka. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.