Gunung Agung Bakal Meletus, 35,000 Dipindahkan

KLUNGKUNG – Hampir 35,000 orang dipindahkan dari sebuah gunung berapi di pulau pelancongan terkenal Bali, Indonesia selepas ia didapati semakin aktif dan mungkin meletus tidak lama lagi.

Menuryt AFP, pihak berkuasa melaksanakan larangan zon lingkungan 12 kilometer dari sekitar kawah Gunung Agung, ketika aktiviti gunung berapi itu semakin meningkat semalam menyebabkan gegaran di timur destinasi pelancongan terkenal dunia itu, lapor Bh

Pihak berkuasa menggesa orang ramai tenang ketika laporan palsu dan video tersebar dalam talian mengenai letusan gunung berapi terbabit.

“Analisis terbaru menunjukkan tenaga seismik Gunung Agung meningkat dan berpotensi untuk meletus.

“Bagaimanapun, tiada seorang pun dapat meramalkan bila sebenarnya letusan berlaku,” kata Pusat Gunung Berapi Nasional dalam satu kenyataan.

Penerbangan di lapangan terbang antarabangsa Bali beroperasi seperti biasa semalam, begitu juga kawasan pelancongan di tempat lain pulau itu.

Ribuan penduduk kampung ditempatkan di pusat perlindungan sementara termasuk dewan bandaraya dan gimnasium sekolah serta khemah di perkampungan sekitar gunung berapi itu. Pihak berkuasa menjangka angka itu bertambah.

“Cabaran terbesar ialah, kami tidak dapat meramalkan jumlah penduduk yang bakal berpindah. Jika jumlahnya melebihi keupayaan maksimum, kami meminta setiap dewan awam di daerah berkenaan disediakan untuk menjadi kem pemindahan,” kata Ketua Agensi Pengurusan Bencana Tempatan, Putu Widiada di daerah ini.

Katanya, pusat berkenaan akan dibekalkan dengan makanan, air, selimut dan khemah.

Agensi Pengurusan Bencana Nasional juga sudah menghantar makanan dan bekalan logistik ke kawasan itu sambil menggesa sumbangan orang awam. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.