Counter Terrorism, Jenayah Siber Antara Perkara Dibincang Di Beijing – TPM

BEIJING  – Langkah Kuala Lumpur untuk mewujudkan kerjasama counter-terrorism dengan Beijing dan memberi tumpuan kepada usaha memerangi jenayah siber adalah antara perkara utama semasa lawatan kerja tiga hari Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke China bermula Isnin.

Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri Perhimpunan Agung ke-86 INTERPOL, pada hari Selasa yang akan dirasmikan oleh Presiden Republik Rakyat China (PRC) Xi Jinping, lapor Bernama.

Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, dijadual melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Majlis Negara Republik Rakyat China, Li Keqiang,

Semasa jadual yang ketat,beliau juga dijadual bertemu Menteri Keselamatan Awam PRC, Guo Sheng Kun dan Setiausaha Suruhanjaya Hal Ehwal Politik dan Perundangan Pusat Parti Komunis China, Meng Jianzhu.

“Kedua-dua pihak akan bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama keselamatan dua hala termasuk inisiatif counter-terrorism melalui penubuhan Pusat Serantau Digital memintas Mesej Melalui Komunikasi (CMC) di Malaysia, dan kerjasama dalam perkara-perkara keselamatan seperti rangkaian jenayah antyarabangsa serta jenayah siber,” kata beliau.

Mengenai Perhimpunan Agung INTERPOL bertemakan “Connecting Police for a Safer World”, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata ia akan memberi tumpuan kepada usaha menyediakan platform komunikasi yang efektif di kalangan semua negara anggota INTERPOL dalam perkongsian maklumat serta meningkatkan kapasiti untuk memerangi jenayah antarabangsa dalam semua bentuk.

“Ia juga membayangkan peningkatan penekanan INTERPOL mengenai peranannya dalam memupuk kerjasama di kalangan agensi polis di seluruh dunia dalam menegakkan keamanan dan keselamatan antarabangsa terhadap ancaman global yang semakin meningkat,” kata beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.