Cacing Dalam Bebola Mata Remaja Ditemui

BANDAR RAYA MEXICO – Seekor cacing berwarna coklat lembut dijumpai berenang didalam bebola mata seorang remaja baru-baru ini oleh doktor diwilayah Mexico.

Remaja berusia 17 tahun itu yang tidak didedahkan namanya berkunjung ke sebuah hospital selepas mengalami kesakitan pada mata kanannya sebelum dia disahkan hilang daya penglihatan.

Parasit sepanjang 3 milimeter dipercayai Jenis cacing pipih itu didapati sudah menggali lubang pada bahagian iris mata sehingga menembusi bahagian retina sekali gus menyebabkan remaja itu buta.

Pakar mata daripada lnstitut Oftalmologi Daerah Valenciana menjalankan pembedahan untuk mengeluarkan cacing berkenaan.

Jangkitan cacing lazimnya berlaku dengan memakan ikan tidak dimasak.krustasia atau sayur-sayuran mengandungi larva.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.