Azmin Ali Hipokrit, Kata Budiman

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak melawat China, tahun lepas, beliau telah disindir dan dibidas oleh pembangkang kononnya Perdana Menteri mahu menjual Malaysia walaupun hakikatnya beliau berjaya membawa masuk banyak pelaburan dari negara berkenaan.

Sepanjang lawatan Najib ke negara berkenaan selama lima hari itu juga, sebanyak 14 memorandum persefahaman (MoU) dan perjanjian bernilai RM143.64 bilion telah ditandatangan dengan China.

Malangnya, pembangkang menyebarkan cerita kononnya Malaysia sedang dijual kepada China, iaitu satu tindakan untuk menakut-nakutkan rakyat.

Tetapi kini Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali baru sahaja selesai mengadakan lawatan ke China dengan alasan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke China. Bukankah ia satu hipokrit dan tindakan meludah ke langit?

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi dalam kenyataan medianya ketika mengulas mengenai lawatan Azmin itu berkata, keberadaan Menteri Besar Selangor itu di China tidak mungkin akan berlaku jika tiadanya usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri dan kerajaan persekutuan.

“Walaupun belum lagi dikeluarkan apa-apa laporan hasil lawatan tersebut, ternyata segala yang cuba diraih oleh kerajaan negeri Selangor adalah hasil dari inisiatif dan kerja keras yang telah dimulakan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Perdana Menteri telah menggerakkan pelbagai usaha bagi membawa masuk pelaburan dari China sama ada melalui Government-to-Government (G2G), Businesss-to-Business (B2B) mahupun People-to-People (P2P) termasuklah yang dibuat ketika lawatan Perdana Menteri ke China pada bulan Mei lalu,” kata Budiman.

Melalui hubungan baik yang tercipta antara Malaysia dengan China, jumlah pelaburan China ke Malaysia dari usaha yang dibuat oleh Perdana Menteri ini mencecah lebih dari RM30 bilion.

Malah usaha kerajaan persekutuan ini juga telah memungkinkan syarikat terkenal dari China iaitu Ali Baba Group untuk membuka hub pengedarannya di Sepang yang secara langsung dan tidak langsung akan membawa pulangan kepada kerajaan negeri Selangor.

“Cukup-cukuplah mengelirukan rakyat dengan sikap hipokrit mereka. Tindakan mereka ini bukan sahaja hipokrit malah cuba meraih keuntungan dan hasil dari usaha yang telah mereka kritik sebelum ini,” kata Budiman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.