Aplikasi “I-FOUND IT!”, Kemudahan WiFi@Unifi Percuma

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rakyat Malaysia bakal menikmati kemudahan WiFi@Unifi yang sebelum ini dikenali sebagi TM WiFi, percuma sehingga hujung tahun ini.

Bagi mendapatkan kemudahan itu, orang ramai perlu memuat turun aplikasi “i-foundit!¨ yang baru dilancarkan Perdana Menteri petang tadi, lapor RTM.

Aplikasi tersebut mengesan lokasi hotspot wiFi dan menyambungkan pengguna kepada lebih 5800 hotspot di seluruh negara dengan kadar hanya 10 sen sejam. 

Namun caj tersebut hanya akan dikenakan pada tahun hadapan. 

Beliau bercakap dalam kunjungannya ke Sesi Jom Bersama TM di Pusat Konvensyen TM, Bangsar. 

Perdana Menteri turut mengumumkan tujuh insentif lain khas untuk warga TM yang meliputi pelbagai manfaat termasuk waktu bekerja dan faedah perubatan. 

Antara insentif tersebut adalah waktu bekerja yang lebih anjal kepada warga TM wanita yang mengandung iaitu mereka dibenarkan pulang sejam lebih awal dan cuti ehsan kelahiran cucu dengan penambahan selama tujuh hari. 

Manfaat lain termasuk cuti ehsan untuk ibu bapa dan anak menjalani rawatan di hospital, faedah perubatan dan pergigian bagi pekerja dan keluarga. 

Selain itu, biasiswa juga ditawarkan kepada semua warga TM, diskaun 35 peratus kepada anak-anak warga TM yang melanjutkan pengajian di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) dan pengajian percuma bagi mereka yang mendapat kepujian kelas pertama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.