Upin, Ipin Muncul Dalam Video UNICEF

KUALA LUMPUR – Duta Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi Malaysia, Upin dan Ipin, menaikkan nama negara ini apabila dipaparkan dalam projek video terbaharu UNICEF, ‘Imagine’, yang baru dilancarkan.

 

Dua watak animasi paling popular di Malaysia itu muncul dalam video berkenaan bersama-sama duta UNICEF lain dalam versi lagu ikonik John Lennon, Imagine, lapor sebuah portal.

 

Projek itu dihasilkan untuk mengajak masyarakat dari semua negara meminjamkan suara mereka untuk kanak-kanak dari serata dunia.

 

Video berdurasi tiga minit itu yang boleh ditonton melalui portal http://vast.am/imagine.

 

 

Selain Upin dan Ipin, video itu juga mengandungi tokoh dan artis berpengaruh seperti Duta UNICEF, Katy Perry, Shakira dan Priyanka Chopra serta bintang dalam dunia muzik, sukan dan filem seperti Neymar Jr., Will.i.am dad Idris Elba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.