Tidak Terdesak Isi Jawatan Mursyidul Am

JOHOR BAHRU – Tiada keputusan mendesak pada masa kini untuk melantik individu bagi mengisi kekosongan jawatan Mursyidul Am parti itu susulan pemergian Allahyarham Datuk Dr Harun Din, kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

 

Beliau berkata, sebarang pelantikan bagi mengisi jawatan Mursyidul Am dan timbalannya mesti menerusi Mesyuarat Majlis Syura Ulama.

 

Tambahnya, ia terpulang kepada Majlis Syura Ulama untuk melantik individu dalam kalangan 15 ahli, bagaimanapun tidak ada keperluan mendesak untuk mengisi kekosongan jawatan berkenaan buat masa ini, petik sebuah portal.

 

“Pelantikan Mursyidul Am dan timbalan mesti melalui mesyuarat Mesyuarat Majlis Syura Ulama dalam kalangan 15 ahli, kini 14 orang ahli dan kemungkinan mereka akan melantik lagi seorang untuk mencukupkan 15 ahli mesyuarat.

 

“Terpulang kepada mahu melantik siapa dalam kalangan mereka, tetapi saya rasa tidak ada keperluan mendesak sekarang,” katanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.