Padam Api : Dua Anggota Bomba Terbunuh, Seorang Cedera

DELAWARE, AS – Dua anggota bomba terbunuh manakala seorang lagi kritikal selepas cuba memadam kebakaran di sebuah rumah di Wilmington dekat sini.

 

 

Menurut 6abc.com, ketika kejadian, api marak dengan cepat dan beberapa orang termasuk kanak-kanak kecil dilaporkan terperangkap dalam rumah itu.

 

 

Difahamkan, salah seorang daripada anggota bomba itu meninggal dunia ketika dikejarkan ke hospital manakala seorang lagi maut selepas dipercayai gagal keluar daripada runtuhan rumah itu yang berlaku secara tiba-tiba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.