Najib Minta Pengundi N01 Pengkalan Kubor Buat Pilihan Tepat

Kuala Lumpur – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor keluar menunaikan tanggungjawab mereka.

“Saya minta semua keluar mengundi di PRK Pengkalan Kubor esok. Laksanakan tanggungjawab untuk negara dan buatlah pilihan yang tepat,” kata Najib dalam laman Twitter beliau.

PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mat Razi Mat Ail; calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim; dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.

PRK itu diadakan berikutan kematian wakil rakyat DUN itu daripada BN, Datuk Noor Zahidi Omar, pada 20 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lepas, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR, Saharun Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.