Ibu Angkat Rogol Anak Peliharaannya Yang Berusia 16 Tahun, Lebih 500 Kali

Seorang wanita, Joelle Barozzini yang berusia 46 tahun, telah dituduh merogol anak angkat lelaki yang berusia 16 tahun, lebih 500 kali.

Joelle, yang telah berkahwin memberitahu orang ramai bahawa dia mempunyai penyakit yang menyebabkan dia kelihatan berusia.

Dia dikatakan telah menghantar gambar selfie dirinya dalam keadaan bogel kepada remaja tersebut dan memberikan remaja itu minum arak sebelum menganggap mereka sebagai pasangan kekasih.

Ketika perbicaraan di mahkamah di Pennsylvania, Joelle dikatakan pernah melakukan seks dengan remaja itu dalam keadaan pintu bilik terbuka, ketika suaminya sedang tidur di atas sofa.

Wanita itu didakwa mula menganiayai remaja itu dalam satu parti.

“Saya gementar. Dia mencium saya dan memegang tangan saya lalu menarik masuk ke dalam bilik.

“Saya sangat takut jika dilihat orang. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” kata remaja berkenaan ketika memberikan keterangan di mahkamah.

Remaja itu juga memberitahu mereka telah melakukan seks lebih 500 kali di dalam beberapa bilik di rumah terbabit dan di hotel.

Ada kalanya ia berlaku pada waktu siang atau hari lain, kata mangsa yang telah berusia 24 tahun. Dia cuba memberitahy saudara mara dan rakannya tetapi mereka tidak percaya padanya.

Joelle telah diarah membela diri atas tuduhan merogol, melakukan serangan seksual. Dia dibenarkan ikat jamin sebanyak $50,000, demikian lapor Tribune-Review.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.