Anak Simpan Mayat Bapa Dalam Bilik Air Selama 3 Tahun

Seorang penganggur berusia 45 tahun telah ditangkap kerana menyimpan jasad bapanya di dalam bilik mandi di rumah apartmennya di Nerima Ward, Jepun.

Lelaki itu. Hideyoshi Takeda, dilaporkan memberitahu polis bahawa bapanya yang berusia dalam 80-an itu meninggal dunia pada 2014.

Disebabkan dia tidak mampu membayar kos pengebumian dan atas permintaan bapanya agar mereka hidup bersama meskipun selepas dia meninggal dunia, maka dia menyimpan jasad ayahnya di dalam plastik dan diletakkan dalam bilik mandi.

Perkara itu terbongkar selepas dia cuba memohon mendapatkan wang ehsan di dewan Nerima. Aoabila ditanya oleh petugas di situ, dia memaklumkan bapanya sudah meninggal dunia.

Disebabkan tiada sijil kematian, petugas kebajikan menghubungi polis dan selepas polis ke rumah Takeda, mereka menemui jasad bapanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!