Rafidah Tidak Akan Sertai Pribumi

KUALA LUMPUR – Veteran UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz menegaskan, tidak akan menyertai mana-mana parti termasuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) kerana masih ahli UMNO.

Beliau berkata, tiada pihak mengajaknya untuk menyertai parti baharu itu malah, beliau turut tidak mengetahui senarai nama pemimpin-pemimpin Pribumi kerana berada di luar negara pada waktu itu.

 

“Saya tidak ada kisah dengan parti baharu dan tidak terlibat. Saya masih UMNO.

 

“Ada senarai nama (Pribumi) pada masa itu, tetapi saya tidak kisah kerana berada di luar negara,” katanya lapor Utusan.

 

Terdahulu, beliau menghadiri sebuah persidangan yang dihadiri lebih 200 delegasi dari 12 buah negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.