Video: Polis Kejar Lori Tak Bertayar

Kuala Lumpur – Rakaman video sepasukan angota Unit Peronda Polis Diraja Malaysia (MPV) mengejar sebuah lori curi tanpa tayar mendapat perhatian ramai pengguna laman sosial Facebook.

 

Rakaman video selama satu minit tujuh saat itu yang dimuat naik di Facebook itu, memaparkan kecekapan anggota polis mengejar lori berwarna putih kira-kira jam 2 pagi pada Isnin.

 

Dalam kejadian itu, suspek membawa lari lori berkenaan bermula dari Sentul sebelum berjaya diberhentikan oleh pasukan polis di Dengkil.

 

Menerusi rakaman itu, kelihatan keempat-empat tayar lori itu telah tiada dipercayai pecah terkena perangkap besi berduri yang dipasang oleh anggota polis.

 

Dalam kejadian kejar-mengejar antara polis itu, suspek turut melanggar antara tiga hingga empat palang sebelum berjaya diberkas polis.

 

Adegan kejar-mengejar itu melibatkan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dan Subang Jaya.

 

Pengguna media sosial rata-rata pengguna media sosial memuji kecekapan anggota polis sehingga tertangkapnya suspek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.