Video: Pengguna Terkejut, Escalator Di KL Sentral Tercabut

Kuala Lumpur – Bukan sahaja di China, malah di Malaysia turut mengalami nasib yang sama apabila tangga bergerak (escalator) di stesen pertukaran utama di KL sentral ini tercabut sekali gus membahayakan orang ramai.

 

Kejadian dikatakan berlaku pada 18 Ogos ketika orang ramai sedang menggunakan eskalator berkenaan.

 

Menurut saksi ketika orang ramai sedang menggunakan eskalator tersebut, penutupnya secara tiba-tiba tercabut.

 

 

Bagaimanapun tiada sebarang laporan kemalangan jiwa yang berlaku.

 

Menurut pengguna Facebook kejadian tersebut kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

 

Pihak pengurusan stesyen tersebut, bagaimanapun gagal dihubungi SuaraTV bagi mendapatkan maklumbalas berhubung kejadian itu.

 

Dalam kejadian lain, seorang wanita di China maut apabila lantai eskalator yang sedang digunakannya runtuh.

 

Ketika kejadian wanita malang itu dilihat menaiki tangga beregrak itu bersama anak lelakinya.

 

Menurut laporan media, tubuh mangsa hanya berjaya dikeluarkan selepas tiga jam terperangkap di dalam mesin berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.