Video: Pelajar Perempuan Dirasuk, Di SMK Cheras

Cheras – Rakaman seorang pelajar perempuan yang didakwa dirasuk makhluk halus menjadi viral di media sosial.

 

Rakaman yang tersebar di media sosial itu dikatakan dirakam oleh salah seorang pelajar dari sebuah bangunan yang bertentangan dalam satu kejadian di SMK Cheras.

 

 

“Jangan tengok dia atau awak akan dapat (histeria) juga,” kata seorang pelajar di sebalik rakaman video itu.

 

Berdasarkan rakaman berdurasi 2:21 saat itu, pelajar perempuan itu dilihat berjalan di beranda sekolah sambil menggoncang dan menendang pintu sebuah kelas.

 

Dia yang dilihat berjalan sambil menundukkan kepalanya itu turut menumbuk beberapa keping tingkap kaca sehingga pecah.

 

Selain itu, dia juga turut dilihat memegang objek seperti sebilah gunting dan mengacu-ngacukan objek tersebut ke arah hadapan.

 

Pelajar itu dilaporkan berjaya dikawal dua guru lelaki sebelum diserahkan kepada pihak polis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.