Video: Nenek Main Gitar Sambil Nyanyi

Kuala Lumpur – Rare! Itulah yang dapat dikongsikan melalui penyebaran sebuah video berdurasi 2:06 minit yang memaparkan gelagat seorang warga emas bermain gitar sambil menyanyi.

 

Video yang dikongsi di laman Facebook itu menarik perhatian pengguna media sosial yang kagum dengan bakat warga emas berkenaan.

 

 

Pengguna mula dihidangkan dengan petikan gitar bermula saat pertama video itu dipertontonkan.

 

Tidak berakhir disitu, warga emas itu terus menghiburkan penonton dengan nyanyiannya yang dianggap ‘cool’ pada minit ke 1:47.

 

Rata-rata pengguna Facebook meluahkan rasa teruja dengan bakat yang dipersembah oleh warga emas itu.

 

“Baikkk lah nenek. Main gitar dgn penuh emosi. Kalah cucu main tahu tak nek,” tulis Rosdi Mahmud.

 

“Legend ni…hahaha,” tulis Zulkifli Mohd Nor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.