Rafizi, Tony Jangan Diam Diri, Nyatakan Pendirian Isu DEIG – Budiman

SHAH ALAM – Sikap berdiam diri Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berhubung kontroversi penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) menimbulkan tanda tanya.

 

Setiausaha Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Selangor, Budiman Mohd. Zohdi berkata, ini kerana kedua-dua mereka sering lantang mempersoalkan amalan integriti, ketelusan dan akauntabiliti pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

 

“Kita mengajak Rafizi, Tony untuk sama-sama merungkai kebimbangan ini. Sehingga saat ini, tiada kenyataan yang jelas berkaitan pendirian mereka terhadap isu DEIG.

 

“Mereka selalu bercakap soal integriti, ketelusan dan akauntabiliti. Ketelusan sebenar perlu melangkaui sempadan politik kepartian,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

 

Baru-baru ini, sebuah portal berita mendedahkan rekod terkini Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan kedua-dua saham bernilai RM2 dalam DEIG dipegang oleh dua individu iaitu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MBI, Raja Shahreen Raja Othman dan Ketua Pegawai Operasi (COO) MBI, Soffan Afffendi Aminuddin.

 

Menurut portal tersebut, pegangan saham itu dilihat bertentangan dengan struktur pegangan yang dipaparkan di laman web DEIG yang menunjukkan DEIG merupakan 100 peratus milik penuh MBI.

 

Budiman yang juga ADUN Sungai Panjang menjelaskan, pelantikan kedua-dua individu terbabit juga dipersoalkan kerana tidak dilakukan melalui proses lantikan terbuka.

 

“Adakah CEO dan COO ini mempunyai rekod perkhidmatan terbaik seperti diuar-uarkan oleh Menteri Besar?” soalnya. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.