Pramugari Ditemui Mati Jatuh Kondominium

Kuala Lumpur – Seorang pramugari ditemui mati dipercayai akibat terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium, di Bukit Jalil di sini, petang semalam.

 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada pukul 6.28 petang dan hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa Chong Nyuk Moi, 29, berasal dari Kuching, cedera teruk di kepala dan badan.

 

“Tiada unsur jenayah dilaporkan berlaku dan kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut,” katanya. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.