PM, TPM Lawat Terengganu Minggu Ini

Kuala Terengganu – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan melawat Terengganu minggu ini, kata Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

 

Beliau berkata, Najib akan merasmikan sambutan Hari Peneroka Felda peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak pada Ahad.

 

“Kami sedang membuat persiapan bagi menyambut ketibaan beliau (Najib) pada majlis itu, melibatkan kira-kira 5,000 orang jemputan dan rakyat,” katanya kepada Bernama selepas perjumpaan dengan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Parlimen Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Setiu dan Hulu Terengganu di sini, hari ini.

 

Najib melawat Terengganu pada Isnin lepas bagi merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Nerus di stadium berkenaan.

 

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri dan Naib Presiden Umno akan melawat Terengganu pada Jumaat ini, kata Ahmad Razif.

 

Beliau akan merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Hulu Terengganu, Bahagian Marang dan Bahagian Kuala Terengganu, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.