Pilihan Raya Umum Singapura Ditetapkan 11 September

SINGAPURA – Presiden Singapura, Tony Tan hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen republik itu bagi membolehkan satu pilihan raya umum diadakan selain memberikan peluang kepada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Lee Hsien Loong mendapatkan mandat baru bagi parlimen yang memiliki 89 kerusi itu.

 

Tarikh pilihan raya Singapura telah ditetapkan pada 11 September.

 

Ini juga adalah pilihan raya pertama yang bakal diadakan Singapura selepas pemergian pengasas dan pejuang kemerdekaannya, mendiang Lee Kuan Yew yang meninggal dunia Mac lalu.

 

Mengikut undang-undang republik itu, satu pilihan raya harus diadakan dalam tempoh tiga bulan selepas presiden membubarkan parlimen. Tarikh penamaan calon ditetapkan pada 1 September.

 

Perdana Menteri yang mempunyai sehingga Januari 2017 untuk mengadakan pilihan raya umum, telah membuat pengumuman akan mengadakan pilihan raya pada satu siaran langsung di televisyen Ahad lalu.

 

Singapura meraikan ulangtahun kemerdekaan ke-50 pada 9 Ogos lalu yang antara lain meraikan kejayaan ekonomi dan kestabilan yang dikecapi sepanjang pemerintahan Parti Tindakan Rakyat (PAP). – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.