Pilihan Raya Umum Singapura 11 September

Singapura – Singapura akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 11 September ini, setahun lebih awal daripada tamat penggal pemerintahan, demikian umum Pejabat Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

 

Penganalisis berkata, parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang diasaskan oleh mendiang ayahnya Lee Kuan Yew, dan sudah memerintah republik itu enam tahun sebelum merdeka pada 1965, mampu meningkatkan prestasinya berbanding pilihan raya lalu.

 

Pada 2011, PAP menang dengan undi lebih rendah selepas orang ramai tidak gembira dengan kos hidup yang meningkat serta soal imigresen.

 

Isu berkenaan dijangka sekali lagi menjadi tumpuan perdebatan apabila calon dari PAP dan parti pembangkang mula mengadakan siri berkempen nanti.

 

Pilihan raya umum perlu diadakan sebelum Januari 2017, namun banyak spekulasi di media dan blog politik sebelum ini tarikhnya akan diawalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.