Penyamun Tak Sempat Lari, Dicekup Polis

Kajang – Seorang lelaki yang sedang melakukan jenayah samun di sebuah kedai 24 jam di Dataran C180, Batu 9, Cheras kira-kira jam 2 pagi tadi, berjaya dicekup anggota MPV yang sedang melakukan rondaan.

 

Suspek ditahan ketika cuba melarikan diri dengan sebuah kereta yang diletakkan di hadapan kedai terbabit.

 

Ketika ditahan, suspek dikatakan sedang memegang sebilah pisau yang dipercayai digunakan semasa melakukan samun.

 

Pemeriksaan lanjut pihak polis terhadap kereta yang dinaiki suspek, telah menjumpai pelbagai barangan dan sejumlah wang tunai yang dipercayai hasil jenayah samun yang dilakukan oleh suspek.

 

Suspek juga dipercayai baru sahaja melakukan beberapa jenayah samun.

 

Hasil semakan rekod, dapati suspek masih dikehendaki bersabit kes bunuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.