Pelajar Bukan Islam Bantu Rakan Sedang Solat

TERNYATA perbezaan agama dan kaum tidak membataskan hubungan antara pelajar bukan Islam dengan pelajar Islam.

 

Hal ini dibuktikan melalui sekeping foto yang dimuatnaik di laman Facebook yang menunjukkan beberapa pelajar bukan Islam memayungi pelajar beragama Islam yang sedang menunaikan solat.

 

Foto yang dimuatnaik oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Prof Dr Kamarudin Hussin di laman Facebooknya menunjukkan empat pelajar universiti itu yang berbangsa Cina dan India sedang memegang payung dan plastik kanvas untuk memayungi tiga orang pelajar yang solat ketika hujan.

 

“Perbezaan bangsa dan agama tidak membataskan hubungan apabila pelajar berbangsa Cina dan India memayungi pelajar beragama Islam yang sedang menunaikan solat dalam hujan renyai di Kem PPMS Unimap di Kaki Bukit, Perlis.

 

“Syabas anakanda pelajar Unimap!,” tulis Kamarudin yang dikongsi hampir 258 pelayar lain di Facebook.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.