Pekin Anggap Tuduhan Ahmad Idham Mengarut

Pelakon Pekin Ibrahim menyifatkan tuduhan Ahmad Idham mengatakan dia mengkhianati penerbit filem itu dalam perjanjian menghasilkan filem Mat Motor adalah mengarut.

 

Menerusi laporan mStar online menyebut, Pekin berkata, Ahmad Idham tidak sepatutnya memberi kenyataan tersebut memandangkan dia tiada kaitan dengan projek berkenaan.

 

Jelasnya, filem tersebut adalah projek dan idea asalnya sendiri bersama seorang lagi rakan, Azwan Annuar yang kini sudah meninggal dunia. Kemudian dia mahu mendapatkan penerbit bagi menggerakkan pembikinan filem ini dan diakui Ahmad Idham juga antara penerbit yang disenaraikan.

 

Bagaimanapun Ahmad Idham tidak membalas segala mesej yang dikirimnya menerusi WhatsApp. Justeru dia menganggap Ahamd Idham tidak berminat dengan projeks itu lalu membuat keputusan mencari penerbit lain.

 

Ahmad Idham sebelum ini pernah meluahkan rasa terkilan terhadap Pekin kerana mengkhianatinya berhubung usaha sama tersebut.

 

Kata Ahmad Idham idea asal Pekin itu telah dikembangkan bersama-sama kira-kira lima bulan lalu untuk dijadikan filem tetapi ia sudah ‘dilarikan’ Pekin kepada pihak lain di luar pengetahuannya.

 

Sementara itu, Pekin berkata, isu tersebut tidak sepatutnya diperbesarkan memandangkan penerbit itu tidak memberi respons mengenai perancangan seterusnya filem itu.

 

Bagaimanapun, Pekin turut menegaskan tidak akan teragak-agak untuk membidas Ahmad Idham sekiranya projek tersebut ‘diganggu’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.