Mia Ahmad Buang Gambar Syahrul Ridzwan

Pelakon yang popular dengan drama bersiri Hati Prempuan, Mia Ahmad menjelaskan tindakan dia membuang gambar-gambar mesranya bersama aktor Syarul Ridzwan di laman Instagram bukan kerana mereka putus cinta.

 

Memetik laporan mStar online, Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi, 27, berkata, dia memadam gambar-gambar itu agar peminat tidak terus terbawa-bawa watak mereka setelah drama Hati Perempuan tamat April lalu.

 

Jelasnya, kebanyakkan gambar itu dimuat naik ketika drama mereka sedang ditayangkan dan sebagai pelakon utama, dia dan Syahrul sekadar membantu mempromosikan drama mereka.

 

“Saya nak keluar dari zon selesa dan tidak mahu peminat terus terbawa-bawa dengan cerita Hati Perempuan itu dan membuang imaginasi peminat yang terlalu terikat dengan watak Yuhanis dan Tengku Zaril,” ujarnya yang turut menyatakan tindakan membuang gambar tersebut tidak bermakna dia tidak menghargai sokongan peminat terhadap cerita itu.

 

Ekoran impak drama tersebut, sebelum ini timbul gosip mendakwa Mia dan Syahrul dikatakan menjalinkan hubungan cinta dan sering kelihatan bersama biarpun selepas penggambaran drama berkenaan.

 

Walau Bagaimanapun, kedua-dua mereka tidak pernah mengesahkan hubungan percintaan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.