Man United Sedia Tawar £240m Untuk Neymar?

London – Manchester United bersedia untuk berbelanja besar bagi mendapatkan Neymar walaupun kos perpindahan mencecah 240 juta pound (RM17 bilion), lapor The Guardian.

 

Pemain Barcelona itu masih mempunyai klausa pembelian dan tax bernilai 130 juta pound (RM8.7 bilion) yang boleh menjadikan yuran perpindahan mencecah 165 juta pound (RM11 bilion).

 

Sekiranya perancangan ini menjadi kenyataan, ia bakal menyaksikan Neymar meraih 75 juta pound (RM502 juta) untuk tempoh lima tahun kontrak dan kos bagi mendapatkan pemain Brazil itu menghampiri suku bilion.

 

Man United dilihat terdesak untuk mendapatkan penyerang baharu musim ini malah yakin kelab mampu berbuat demikian sekaligus menjadikan Neymar sebagai bintang Red Devil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.