Muatnaik Gambar Alat Sulit Wanita, Doktor Bidan Di Johor Dikecam

Kuala Lumpur – Kecoh apabila gambar seorang doktor yang menguruskan seorang wanita yang bersalin tersebar di laman media sosial.

 

Difahamkan, gambar berkenaan mempamerkan seorang doktor pelatih di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru sambil sebelah tangan dimasukkan ke dalam alat sulit wanita berkenaan.

 

Posting yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang menerima gambar itu dari seorang rakannya meluahkan kemarahannya terhadap etika kedoktoran serta tidak sensitif dengan keadaan sekeliling.

 

Malah yang menambah kemarahan netizens adalah bahagian sulit pesakit itu turut terkandung di dalam gambar yang diambil oleh doktor itu.

 

Posting yang dimuat naik itu juga mendapat perhatian pengguna media sosial yang bengang dan prihatin terhadap hak pengguna.

 

“Macam mana lah belajar sampai boleh jadi doktor  professional..tetapi bodohnye sikap dia…tiada perasaan langsung!!! Tolong ajar doktor ni sivik boleh tak,” kata E.G Fazlica.

 

“Tabiat suka berselfie yang mamakan diri. Jika tidak silap, beliau telah melanggar angkat sumpah kedoktoran yang mengatakan. Saya akan menghormati privasi pesakit saya, dengan tidak mendedahkan kepada orang umum. Terutama dalam hal penjagaan hidup atau mati…harap-harap dia diberi tindakan disiplin atas perbuatannya,” komen seorang lagi pengguna Facebook yang dikenali sebagai Haryati How.

 

Dalam pada itu, rata-rata pengguna media sosial menyeru supaya pihak Kementerian Kesihatan mengambil serius tentang perkara ini dan mengenakan tindakan tegas terhadap tindakan melampau yang dipamerkan oleh seorang doktor.

 

Walau bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam jawapan balas di Facebook menjelaskan kes itu masih dalam siasatan.

 

Gambar yang menjadi viral di kalangan pengguna media sosial itu telah dikongsi sebanyak 465 kali dan mendapat 265 like serta komen sebanyak 188.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.