Didenda RM2,200 Kerana Cemburu

Gara-gara cemburu, seorang penganggur didenda RM2,200 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki berperwatakan wanita menggunakan sebatang kayu, Selasa lalu.

 

Majistret Erry Shahriman Nor Aripin menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Zaidi Shadan, 26, dan memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

 

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan Mohd Salleh Mohamed, 35, dengan menggunakan kayu untuk memukulnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.