Artis Kontroversi, Zarina Anjoulie Kembali Dikecam

Pelakon yang cukup terkenal dengan kontroversi dan bukan kerana bakatnya, Zarina Anjoulie sekali lagi mencetuskan cerita panas.

 

Terbaru, Zarina dengan berani memuat naik foto sedang berpelukan sambil di cium kekasihnya di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

 

Adegan selfie pasangan itu berlatarkan seperti di dalam tandas manakala lelaki tersebut dengan mesra merangkul leher Zarina dan menciumnya.

 

Zarina yang memakai pakaian yang agak seksi tanpa segan silu memuat naik foto bersama jekaka bertatu tersebut dan menyifatkan ia sebagai satu perkara yang sudah biasa dengan dirinya.

 

Seakan mengetahui aksi mereka bakal mencetuskan kontroversi, pelakon drama Anak Pontianak itu bagaimanapun sejak awal lagi menulis kapsyen yang menyatakan dia seperti tidak kisah dengan apa yang akan diperkatakan orang ramai mungkin kerana sudah lali dengan kontroversi yang melandanya sebelum ini.

 

Rata-rata penguna media sosial mengutuk tindakan artis tersebut sambil menyifatkannya memburu publisiti murah.

 

Bagaimanapun, ada segelintir peminat Zarina yang menyokong tindakan pelakon tersebut kerana menjadi diri sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.