Adiba Serik Berkemban

Selepas terpalit kontroversi ekoran babak lakonannya berkemban dalam filem Nasi Tangas, pelakon yang kini mula meraih populariti, Adibah Yunus, berjanji tidak mahu berlakon seksi lagi pada masa akan datang.

 

Menurut pelakon drama Abang Sado Kau Ado inI, kesedaran itu datang sendiri tanpa desakan daripada sesiapa. Adiba atau Siti Adibah Yunus, 27, berasa dirinya cukup matang dan dewasa untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan watak selepas ini.

 

Padanya, sebagai orang Islam dia harus akur dengan etika dan norma kehidupan yang tidak boleh terlalu ditonjolkan walaupun hanya dalam lakonan yang boleh menimbulkan cerita kurang enak daripada orang ramai.

 

“Saya sedar terlalu awal untuk membuat keputusan seperti ini. Seharusnya saya perlu terus mencuba untuk melakonkan watak lebih mencabar lagi daripada itu.

 

“Namun saya yakin, banyak lagi watak mencabar yang boleh saya lakonkan tanpa perlu seksi. Selepas filem Nasi Tangas diulang siar banyak kali di televisyen, saya mula tersedar perkara itu dan mung–kin tidak akan menerima tawaran berlakon watak seksi lagi selepas ini,” katanya.

 

Adiba berkata, dia sebenarnya bukanlah seorang yang seksi, justeru tidak mahu perkara itu membuat orang salah faham terhadap dirinya.

 

“Mungkin orang berfikir 27 tahun masih muda lagi, namun tidak pada saya. Saya fikir terlalu jauh dan enggan melakukan perkara yang boleh menimbulkan kontroversi.

 

“Walaupun filem itu peluang untuk saya mengembangkan bakat kerana berada di luar zon selesa, jika orang sedar saya akan dapat watak yang lebih mencabar daripada itu,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.

 

Atas kejayaannya melakonkan watak itu selepas lima tahun dalam lakonan, Adiba terpilih antara lima calon untuk kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 (FFM27).

 

Pekembangan lain, Adibah bakal muncul menerusi filem baru lakonannya, Badi. Selain, baru selesai menjalani penggambaran telefilem Kalau Dah Cinta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.