Wanita Kerugian RM20, 000 Diperdaya Che Senah Selendang Kuning

Kota Bharu  – Seorang bomoh yang dikenali dengan panggilan Che Senah Selendang Kuning bersama anak perempuannya yang menipu seorang wanita sehingga mangsa kerugian RM20,000 diarahkan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam supaya membayar wang pampasan berjumlah RM15,000 kepada mangsa itu.

Majistret Mohd. Isa Mohamed menjatuhkan hukuman tersebut ke atas Hasnah Daud, 48, dan anaknya Mimisyazwani Azmi, 28, setelah kedua-dua beranak itu mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapi secara berasingan.

Mohd. Isa memerintahkan Hasnah yang berdepan dakwaan memperdaya mangsa, Norsiah Ismail, 53, membayar sebanyak RM8,000 kepada mangsa manakala Mimisyazwani yang didakwa bersubahat bersama ibunya membayar pampasan sebanyak RM7,000 kepada mangsa sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.