Video: Sesi Fotografi Separuh Bogel Di Tengah Bandaraya Ipoh

KEMASKINI: Ipoh – Belum pun reda isu ‘Pesta Sukan Bogel’ yang dilakukan di sebuah pulau di Teluk Bahang, kini masyarakat dikejutkan pula dengan rakaman video dan gambar satu pasangan yang dikatakan sedang menjalani sesi fotografi dalam keadaan separuh bogel.

Menurut saksi, kejadian tersebut dilakukan di hadapan bank HSBC berhampiran padang bandaraya Ipoh dan telah menyebabkan kesesakkan jalan raya apabila beberapa kenderaan berhenti untuk melihat gelagat pasangan tersebut.

Ketika sesi fotografi itu dijalankan lelaki hanya berseluar panjang tanpa baju manakala pasangan wanitanya hanya bercoli dan berseluar dalam putih.

Wanita tersebut turut memakai ‘net’ di atas kepalanya seolah-olah baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan.

SuaraTV gagal mendapatkan sebarang maklumbalas dari pihak berkuasa di Ipoh berhubung kejadian ini.

Malah, gambar pasangan itu telah mula menjadi viral di aplikasi Whatsapp dan Facebook.

Ada juga yang berfikiran positif dengan beranggpan bahawa pasangan tersebut ingin membuat kelainan dalam sesi fotografi perkahwinan pasangan tersebut.

Video yang berdurasi 27 saat itu telah mendapat tontonan ramai pengguna laman sosial.

Berdasarkan video tersebut pasangan pengantin itu sedang melakukan sesi fotografi di jalan raya. Ini berikutan terdapat empat kru yang sedang memegang kamera untuk melakukan sesi fotografi.

Seorang pengawal yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat pasangan itu berjalan tanpa segan silu di jalan yang sesak dengan pelbagai kenderaan berikutan ia waktu puncak.

Menurutnya, pasangan itu mula disedari berada di kawasan itu kira-kira jam 9 pagi.

“Mereka tidak lama berada di kawasan ini, hanya sekitar lima hingga 10 minit. Walaupun sekejap, ia mengundang perhatian kepada pemandu dan pekerja di kawasan sekitar,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi yang enggan dikenali berkata, rakaman sesi fotografi itu dipercayai berlangsung kira-kira 10 minit.

“Ia menarik minat pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan kerana mereka berpakaian tidak senonoh,” katanya.

Ketua Polis negeri, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan kesalahan yang mencolok mata itu akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq yang dihubungi pula berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu sebagaimana tersebar di media sosial.

“Arahan juga sudah dikeluarkan kepada Ketua Polis Balai dan anggota, jika terserempak dengan mana-mana perlakuan tidak bermoral dan berakhlak, mereka boleh menggunakan pendekatan menasihati atau meminta perlakuan itu dihentikan serta-merta,” katanya.

 

Pasangan bogel Ipoh 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pasangan bogel Ipoh 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.