Remaja Lelaki Mati Tergantung Atas Pokok

Kepala Batas – Seorang remaja lelaki ditemui mati tergantung di sebatang pokok dalam kawasan hutan berhampiran laut di Kampung 20, Penaga pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mangsa yang berusia 21 tahun ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 11 pagi tadi sebelum melaporkan kepada polis.

“Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, polis dimaklumkan oleh bapa mangsa yang tinggal di Kampung Tepi Laut Pasir Gebu di sini bahawa remaja itu mempunyai masalah kesihatan mental.

Katanya, mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk dibedah siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.