Rayuan Majlis Perbandaran kemaman Ditolak

Putrajaya  – Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM5 juta oleh Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) terhadap Pas berhubung perkataan berbaur fitnah dalam isu Zoo Bukit Takal di Terengganu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Zaharah Ibrahim yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mah Weng Kwai memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan MPK dengan kos RM10,000.

Kuorum itu berpuas hati bahawa Mahkamah Tinggi betul ketika memutuskan MPK gagal membuktikan elemen fitnah sewaktu menolak saman fitnah tersebut.

MPK diwakili oleh peguam Azwan Abdul Wahab manakala Pas diwakili oleh Noorazmir Zakaria.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.