PRK Pengkalan Kubor: Ibrahim Ali Tanding Jika Ada Parti Tawar

Kuala Lumpur – Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau tidak akan bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Sebaliknya, beliau berkata akan mempertimbangkan sekiranya terdapat parti yang mahu beliau menjadi calon.

“Pengkalan Kubor ini sebenarnya tempat permainan saya. Saya tak berhasrat untuk bertanding. Lagipun bertanding (sebagai calon) bebas tiga penjuru tak mudah untuk saya.

“Kalau bertanding atas nama parti, ada orang jemput, saya boleh pertimbangkan.

“Tetapi kalau bebas, tiga penjuru macam di (DUN) Pengkalan Pasir saya rasa tak perlu walaupun saya akur ada pengaruh di sana (Pengkalan Kubor),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini selepas mesyuarat ahli dewan tertinggi PERKASA di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.