Pihak Berkuasa Temui 18 Mayat Pendatang Asing

Rome – Pihak berkuasa Itali menemui 18 mayat pendatang asing hari ini ketika operasi menyelamatkan seramai 3,500 pendatang yang cuba memasuki negara itu menerusi jalan laut.

Tentera laut memaklumkan menerusi laman web, Twitter, kapal peronda Sirio membawa 226 pendatang asing serta 18 mayat ke Pozzallo, selatan Sicily dalam operasi berkenaan.

Itali dilapor membelanjakan sebanyak 9.5 juta Euro sebulan untuk menkalankan operasi rondaan di laut serta ruang udara selepas lebih 360 pendatang asing lemas di kepulauan Lampedusa, Itali, Oktober tahun lalu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.