Masalah Skrin Besar Dijangka Gugat Pelancaran iPhone 6

Tokyo – Pembekal kepada Apple Inc berlumba-lumba untuk mendapatkan skrin bagi telefon pintar terbaharu, iPhone 6, sebagai keperluan membentuk semula komponen yang terganggu akibat pengeluaran panel sebelum pelancarannya yang dijangka pada bulan depan, demikian menurut sumber pembekal.

Tidak jelas sama ada gangguan berkenaan boleh melambatkan pelancaran atau mengehadkan bilangan telefon kepada pengguna, kata sumber.

Namun Apple dijadual melancarkan iPhone dengan skrin lebih besar pada penghujung akhir tahun, di tengah-tengah kemerosotan pasaran berbanding pesaingnya yang menawarkan telefon pintar yang lebih murah.

Bagaimanapun, yang menjadi isu utama adalah risiko dan cabaran yang dihadapi pembekal untuk memenuhi spesifikasi sukar yang ditetapkan Apple ketika masalah teknologi skrin berasingan dan skrin yang lebih nipis untuk disesuaikan dengan saiz iPhone 6 yang lebih besar.

Cupertino, syarikat Apple yang berpangkalan di California telah menetapkan satu acara media pada 9 September dan ramai menjangkakan ia untuk memperkenalkan iPhone 6 yang baru dengan dua model saiz skrin – 4.7 inci (11.94 cm) dan 5.5 inci (13.97 cm) – lebih besar daripada skrin 4 inci pada model 5s dan 5c.

Dua sumber rantaian bekalan berkata, pengeluaran panel paparan mengalami kemerosotan selepas lampu latar yang membantu menerangkan skrin terpaksa dikaji semula, menyebabkan pemasangan skrin ditangguh antara pertengahan bulan Jun dan Julai.

Sumber berkata, Apple mensasarkan untuk mengeluarkan telefon paling nipis, dengan pada mulanya mahu mengurangkan satu lapisan latar filem, berbanding dua lapisan seperti sekarang, untuk skrin 4.7 inci, yang mana kini dalam pengeluaran besar-besaran berbanding versi 5.5 inci.

Tetapi konfigurasi baru itu tidak cukup terang dan lampu belakang berkenaan dihantar semula ke ‘drawing board’ untuk untuk dimuatkan dalam lapisan tambahan, sekali gus meningkatkan kos masa berharga dan menangguhkan sementara operasi pemasangan skrin, kata sumber itu.

Bagaimanapun, bahagian pengeluaran kini kembali ke landasan yang tepat dan pembekal sedang bekerja keras untuk menebus kembali masa yang terbuang.

Sumber itu berkata, syarikat Jepun, Sharp Corp dan Lg Display Co Ltd milik syarikat Korea Selatan dipilih untuk membuat skrin iPhone 6.

Bagaimanapun, Apple enggan mengulas berhubung tiga pembekal berkenaan.

Apple terkenal dalam membuat tuntutan yang sukar kepada pembekal bagi model terbaru iPhone dan iPad, ketika syarikat gergasi itu bersaing untuk mencipta reka bentuk, saiz dan ciri-ciri untuk membezakannya dan permintaan harga premium di pasaran telefon pintar.

Ini boleh menyebabkan gangguan dan kelewatan, termasuk masalah skrin yang membelenggu pembekal pada pelancaran versi resolusi tinggi Apple iPad Mini pada tahun lalu.

Ia juga menekankan risiko kepada pembekal yang bergantung terlalu banyak kepada Apple untuk pendapatan, sekali gus boleh menyebabkan turun naik pendapatan.

Awal bulan ini, Japan Display, berkata syarikatnya menjadi pembekal utama bagi panel iPhone yang baru, dan difahamkan pesanan itu daripada pelanggan yang besar – di mana penganalisis berkata ia adalah Apple – akan tiba seperti yang diharapkan, tetapi penghantaran mungkin tertunda pada suku Julai hingga September.

* Masalah skrin iPhone 6 menyebabkan pembekal berebut-rebut

* Pengeluaran iPhone 6 dihentikan sementara sepanjang musim panas

* Pembekal tidak pasti jika terdapat kesan kepada tarikh pelancaran serta bekalan

* Sasaran untuk telefon paling nipis membawa kepada masalah lampu latar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.