Khalid Mohon Maaf Sebab ‘Tunjuk Pandai’

Petaling Jaya – “Saya ucapkan terima kasih kepada pagawai kerajaan yang sehingga kini bersama saya, walaupun ada kalanya mereka rasa menteri besar ini nak tunjuk pandai.

“Saya minta maaf kepada mereka yang adakalanya terus berkerja sehingga pukul 11 malam hari Sabtu. Itu pun saya mintak maaf lah sebab saya pun bekerja hari sabtu sehingga 11 malam juga,” kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini

Beliau turut memohon maaf jika ada dikalangan pegawai kerajaan negeri yang merasakan beliau suka ‘tunjuk pandai’ dalam membuat sebarang keputusan.

Dalam pada itu beliau turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh kakitangan kerajaan negeri yang telah memberi kerjasama baik dan berkerja sebagai satu pasukan dalam melicinkan urus tadbir negeri ini.

Kejayaan yang telah dicapai oleh negeri Selangor sepanjang pentadbiran beliau kata Khalid, adalah kejayaan yang boleh dibanggakan bersama oleh seluruh kakitangan dan rakyat Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.