Israel Lancar Serangan Udara, Ibu Dan Tiga Anak Terbunuh

Gaza City  – Serangan udara tentera Israel menyebabkan seorang ibu serta tiga anaknya terbunuh di utara Gaza hari ini, menurut laporan pasukan perubatan.

Serangan itu yang menyasarkan sebuah rumah berhampiran Jabalia di utara wilayah berkenaan menjadikan angka mangsa terkorban mencecah 12 orang.

Jurucakap kecemasan, Ashraf al-Qudra berkata, seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun serta remaja lelaki berusia 17 tahun turut terkorban dalam serangan tentera Israel awal hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.