Hampir 200 Kru MAS Berhenti Selepas Nahas

Hampir 200 kru penerbangan Malaysia Airline System Bhd (MAS) meletakkan jawatan terutamanya selepas tragedi berganda melibatkan MH17 dan MH370.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja MAS (MASEU) Abdul Malek Arif berkata, kini hanya tinggal kira-kira 3,000 kakitangan kru penerbangan yang tinggal.

“Sebahagiannya takut untuk terbang. Tiada apa yang boleh kita lakukan ekoran perkara ini.

“Mereka jadi semakin takut dan kami berharap apabila masa berlaku mereka akan kembali normal,” katanya.

Dalam kenyataannya kepada The Edge Financial Daily, MAS berkata, jumlah keseluruhan peletakan jawatan daripada Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 186 dan bukannya 500 seperti didakwa.

“Ekoran insiden MH17, terjadi peletakan jawatan mendadak anak kapal, tetapi bilangannya kini menurun ke tahap rutin dijangkakan.”

“Ramai menyebut mereka meletakkan jawatan kerana tekanan keluarga ekoiran tragedi MH17 dan MH370.

“Setakat ini, kadar peletakan jawatan di MAS kurang 5 peratus, yang mana bawah norma industri,” menurutnya kenyataan itu lagi. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.