Malaysia berdepan Indonesia di separuh akhir Kejuaraan B-19 ASEAN 2024

- Advertisement -

PETALING JAYA – Skuad bawah 19 (B-19) negara berjaya mengekalkan status juara Kumpulan C saingan Kejuaraan ASEAN B-19 2024 selepas meraih keputusan seri 1-1 bertemu Thailand sebentar tadi.

Pada aksi Stadium Gelora Bung Tomo, Surabaya itu, skuad Gajah Perang terlebih dahulu memecah kebuntuan selepas meraih gol pembukaan menerusi ledakan Caelan Tanadon pada minit ke-4.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad muda Harimau Malaya kendalian Juan Torres Garrido memperkemaskan jentera dalam usaha memburu gol penyamaan.

Jaringan yang dicari akhirnya tiba pada minit ke-47 hasil penyudah penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT) G. Pavithran pada minit ke-47.

Kedua-dua pasukan yang sudah mengesahkan slot ke separuh akhir gagal untuk meledak jaringan kemenangan dengan kedudukan 1-1 kekal sehingga perlawanan tamat.

Malaysia selaku juara bertahan akan berdepan tuan rumah, Indonesia yang muncul juara Kumpulan A dalam aksi separuh akhir pada Sabtu ini.

Sementara itu, Thailand pula berdepan laluan berliku apabila bertemu Australia pada hari yang sama. – Kosmo

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat