Lembah Lenggong tonjol bakat seni visual jurufoto

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

LENGGONG – Balai Seni Negara sentiasa komited memperkasakan seni melalui pelbagai medium antaranya menganjurkan Pertandingan Fotografi Lembah Lenggong melalui Kem Senifoto Lenggong Indah di Branda, Sg. Sumpitan, Desa Ibol bermula 1 hingga 11 Julai lalu.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) memaklumkan, pertandingan ini sempena Tahun Melawat Perak 2024 (TMP2024).

Beliau berkata, ianya sokongan terhadap jurufoto dan peminat seni fotografi di seluruh negara.

“Pertandingan ini dapat mencungkil bakat seni fotografi disamping turut menggalakkan kehadiran pelancong ke Perak, khususnya bandar Lenggong.

“Majlis penyampaian hadiah pertandingan ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Tourism Perak, Dato’ Mohd Kamil Dato’ Shafie di Beranda Sumpitan pada Ahad lalu, ”katanya.

Turut hadir, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Amerrudin Ahmad dan Pengarah Jabatan Warisan Negara, Zon Tengah, Rafidah Abdullah.

“Program Kem Senifoto Lenggong Indah mendapat kerjasama daripada Tourism Perak dan Majlis Daerah Lenggong (MDL).

“Balai Seni Negara telah menerima hampir 100 penyertaan dan sebanyak 50 daripadanya telah disaring untuk penjurian akhir serta diadili oleh kurator, artis dan jurufoto profesional,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pakar Keselamatan Siber, Azam Abdul Rahim dengan hasil karyanya ‘The Reflection Of The Quiet Lenggong Town From The Barber Shop’ telah dinobatkan sebagai pemenang utama dan meraih wang tunai sebanyak RM 3,000.

Tempat kedua menjadi milik Muhammad Azwan Azmi mendapat RM 2,000 dan Chew Seng Cheong meraih RM1,000 untuk tempat ketiga.

Manakala Hazizie San, Mohammad Zakee Zailan, Mohd Khalis Azizi Wan Ibrahim, Marwan Murshid, Fahmi Mohd Razari @ Ahmad Ghazali Khairul Azhar Ramli dan Mohd Farid Mohd Shah mendapat saguhati, masing-masing membawa pulang wang tunai sebanyak RM 500.

“Balai Seni Negara amat teruja dengan sambutan yang diterima dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang dan mereka yang telah menyertai pertandingan ini,” tambah kenyataan lagi. – SUARA.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat