Dr. Mohd Zamri Ibrahim dilantik Naib Canselor UMT baharu

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

PUTRAJAYA – Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri Ibrahim, 53, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) baharu yang ke-6.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataannya memaklumkan pelantikan itu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Ogos ini hingga 31 Julai 2026.

Menterinya , Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir telah menyampaikan watikah pelantikan di sini pada Rabu, turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Prof. Dr. Azlinda Azman.

Dr. Mohd Zamri, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dari University of Sunderland, United Kingdom pada 1995, Ijazah Sarjana dari University of Warwick, United Kingdom pada 1997 dan Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2006 dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal.

Beliau memulakan perkhidmatan di UMT sejak 1998 sebagai pensyarah muda dan terus menaiki tangga kerjaya apabila diberi kepercayaan memegang pelbagai jawatan penting pentadbiran.

Antaranya, Dekan Fakulti Sains dan Teknologi UMT (2010) ; Pengarah Makmal Pusat UMT (2012) ; Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kelautan dan Informatik UMT( 2019) sebelum dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT pada 2020.

Menurut kenyataan itu, pelantikannya dilihat bakal meneruskan agenda pemerkasaan UMT sebagai peneraju utama bidang ilmu kelautan dan sumber akuatik negara, sekali gus mampu memacu pembangunan ekonomi komuniti menerusi Dasar Ekonomi Biru (Blue Economy).

“KPT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mantan Naib Canselor UMT, Dato’ Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar atas perkhidmatan dan sumbangan beliau sepanjang menerajui UMT sebelum ini,” menurut kenyataan itu lagi .- SUARA.TV

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat