DAP tak perlu turun berkempen di PRK Nenggiri – Ku Li

- Advertisement -

CYBERJAYA – Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dilaporkan berkata, DAP yang menjadi rakan di peringkat kerajaan persekutuan tidak perlu hadir berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri di Kelantan.

Memetik laporan MalaysiaNow, pemimpin veteran yang lebih dikenali dengan nama Ku Li dilantik mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) dalam PRK itu menjelaskan tidak ada sebab untuk pemimpin DAP turun berkempen di kawasan yang “100% Melayu”.

“Bagi saya, logiknya, apa guna nak bawa DAP ke kawasan Melayu? Dia (DAP) cakap Melayu pun tak betul,” katanya.

Menurut Ku Li lagi, ucapan DAP juga sentiasa berpaksikan kepentingan masyarakat Cina.

“Apa untungnya? Dia ke sana dia buang masa dia, dan dia buang masa kita. Orang Melayu di Nenggiri nak dengar pandangan orang Melayu terhadap orang Melayu di situ,” katanya.

Pendirian Razaleigh itu selang beberapa hari selepas Pengerusi DAP Kelantan Azaha Abdul Rani melancarkan jentera Pakatan Harapan (PH) untuk PRK Nenggiri.

Azaha berkata petugas DAP sanggup berkhemah di kawasan Orang Asli sepanjang tempoh kempen bagi memastikan masyarakat itu keluar mengundi pada 17 Ogos nanti.

“Sasaran kami 90% daripada lebih 2,700 Orang Asli akan keluar pada hari tersebut. Manakala pengundi Melayu kita serah pada BN dan Amanah,” katanya.

author avatar
Mohd Faizul
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat