KUALA LUMPUR – Presiden Muafakat Nasional (MN), Tan Sri Annuar Musa menyatakan kesediaan untuk ke mahkamah bagi mengemukakan hujah mengaitkan Veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang dengan Peristiwa 13 Mei 1969.
Annuar menegaskan beliau ada banyak bukti tentang DAP dan peranan Kit Siang berkaitan sebelum, semasa dan selepas Peristiwa 13 Mei.
“Bring it on big brother, Alhamdulillah Kit Siang tidak berani menjawab secara perdebatan politik isu ucapan saya di Bachok berhubung peristiwa 13 Mei dan beliau memilih medan mahkamah, maka saya dengan senang hati menerima cabaran beliau untuk ke mahkamah.
“Inilah peluang keemasan bagi saya untuk mengemukakan segala bukti yang amat banyak ada bersama saya tentang DAP dan peranan Kit Siang dalam DAP sebelum, semasa dan selepas 13 Mei.
“Saya juga telah menerima tawaran daripada banyak pihak untuk memberikan kepada saya segala bahan dan bukti tambahan mengenai DAP, Kit Siang dan peristwa 13 mei, berdasar apa yang saya ucapkan di Bachok,” kata Annuar dalam hantarannya di Facebook pada Selasa.
Menurut bekas Setiausaha Agung Umno itu lagi, pengajaran daripada peristiwa hitam 13 Mei ini amat banyak boleh dipelajari agar tiada lagi politik perkauman sempit dan politik yang bertentangan dengan kontrak sosial dan roh serta semangat Perlembagaan negara kita.
“Usaha menentang konsep dan hak Bumiputera ,Malaysia sebagai sebuah negara Islam, kedudukan dan hak Orang Melayu/Bumiputera ke atas Tanah Melayu/Malaysia.
“Hak dan batasan hak semua kaum lain dan segala yang terkait dengannya wajib dipertahankan agar Malaysia yang majmuk kekal harmonis, saling menghormati dan mempunyai politik penuh kesederhanaan dan toleransi serta bebas daripada polarisasi perkauman.
“Kita sudah bersedia, once and for all Insya-Allah,” katanya.
Hari ini media melaporkan Kit Siang bersedia untuk memfailkan saman fitnah terhadap bekas menteri Annuar Musa, berikutan dakwaannya yang menafikan memfitnah veteran DAP itu berhubung rusuhan kaum berdarah pada 13 Mei 1969.
Peguam Kit Siang, Sangeet Kaur Deo mengesahkan perkara itu, pagi tadi selepas menerima surat maklum balas daripada pasukan peguam Annuar pada 21 Julai.