Mohd Najib tak tumpang populariti bapa, ada trek rekod khidmat bakti sendiri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak timbul isu anak bekas Menteri Besar Negeri Sembilan memandangkan bapanya sudah lama bersara daripada arena politik, calon Barisan Nasional (BN) DUN Bagan Pinang, Mohd Najib Mohd Isa yakin trek rekod yang dimilikinya tanpa perlu bersandar atas populariti bapanya, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Lapor Utusan Malaysia, Mohd Najib menegaskan, dalam keadaan sekarang, dia yakin dan percaya, calon yang diketengahkan oleh BN adalah calon yang tepat dan boleh buat kerja, boleh berkhidmat kepada masyarakat.

Baru-baru ini Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, sebanyak 63 peratus calon yang dikemukakan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini merupakan calon muka baharu dengan 18 peratus adalah penyandang sedia ada dan dicalonkan semula.

Umum maklum, Mohd. Najib merupakan anak bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan pada masa yang sama, musim pilihan raya kali ini juga menyaksikannya akan bertanding bersama ibunya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd. Khalid.

Mohd Najib menjelaskan, pencalonannya datang daripada pucuk pimpinan parti.

“Pun begitu, apa yang boleh saya katakan, saya bersyukur kerana semua yang berlaku adalah atas izin dan rahmat-Nya. Saya diberikan amanah ini yang bagi saya satu tanggungjawab cukup besar.

“Saya juga nyatakan penghargaan kepada pucuk pimpinan parti yang telah berikan kepercayaan kepada saya untuk membawa bendera parti dalam PRN kali ini,” ujarnya.

Mengakui mempunyai trek rekod berkhidmat adalah kekuatannya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos ini.

“Saya bukan baharu dalam era politik ini. Saya pernah pegang jawatan Naib Ketua Umno Bahagian dari 2004 hingga 2013. Kemudian 2013 hingga 2023 saya galas tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda Umno Port Dickson. Saya juga pernah pegang jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia dan sekarang saya sebagai Timbalan Ketua Umno Port Dickson.

“Jadi, baik saya, bapa atau ibu, kami masing-masing ada jalan politik dan trek rekod sendiri. Berdasarkan trek rekod ini, kerjaya dan pengalaman, saya yakin boleh berkhidmat untuk masyarakat. Tak ada timbul isu saya anak bekas Menteri Besar dan sebagainya.

“Lagipun, bapa saya sudah lama pencen. Dia tak pegang jawatan sejak 2018. Ibu saya pun ada laluan politiknya sendiri. Sebagaimana yang umum tahu, dia pernah pegang jawatan Ketua Wanita Umno Bahagian dan sekarang Ketua Wanita Negeri. Jawatan yang kami sandang semuanya kami menang bertanding. Alhamdulillah, perwakilan yang memilih dan beri kepercayaan pada kami,” jelasnya lagi.

Tambah Mohd Najib, strategi yang akan diguna pakainya ialah akan berjumpa dengan seramai mungkin pengundi.

Dalam pada itu, dia juga yakin dengan kebijaksanaan pengundi untuk menilai khidmat bakti BN selama ini.

“Saya yakin dan percaya pengundi akan betul-betul menilai parti mana yang mereka akan pilih. Kalau diikutkan, dari segi khidmat bakti yang telah BN laksanakan selama ini, kita boleh lihat BN dan Umno ada di mana-mana sahaja.

“Saya rasa tak susah untuk rakyat memilih bagi mewakili mereka dalam PRN akan datang. Trek rekod parti pun tak ada masalah. Jasa BN dan Umno terlalu banyak,” katanya.

Ditanya berkenaan dakwaan mengatakan BN dan UMNO seringkali terpalit pelbagai isu, Mohd Najib mengakui isu akan timbul setiap kali pilihan raya.

“Isu memang akan ada. Isu akan timbul setiap kali ada pilihan raya. BN akan cuba jelaskan sebaik mungkin sebarang isu yang akan beri kesan kepada kepercayaan masyarakat bagi meleraikan pandangan yang negatif.

“Saya yakin, apabila kita sudah berikan penjelasan dengan baik, insya-Allah, akhirnya masyarakat akan dapat fikir dengan baik. Lagipun kalangan masyarakat sekarang pun sudah bijak, mereka tahu isu akan timbul setiap kali menjelang pilihan raya.

“Selepas saya mengundi, isu automatik hilang dan orang pun menjalani hidup seperti biasa. Siapa nak uruskan kehidupan masyarakat? Yang ada rekod yang baik dalam pengurusan masyarakat adalah BN dan Umno. Dalam keadaan sekarang, saya yakin dan percaya, calon yang diketengahkan adalah calon yang tepat dan boleh buat kerja, boleh berkhidmat kepada masyarakat. Bukan atas dasar isu-isu yang dimainkan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat